"Sesungguhnya orang yang benar-benar percaya kepada ayat-ayat Kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat itu mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah sombong."[Surah 32: as-Sajdah, Ayat 15]
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila anak Adam membaca ayat Sajadah, lalu ia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka
aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku
disuruh sujud, tetapi aku menolak, maka untukku neraka.” (HR Bukhari dan Muslim.)
.
Dari Umar r.a; Pada suatu hari Jumaat,
Rasulullah SAW membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai
pada ayat sajadah, Baginda lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga
turut melakukan sujud. Pada Jumaat berikutnya, dibacanya surah
berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah Baginda SAW bersabda: “Wahai
manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud
tilawah. Tetapi sesiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan
sesiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa.” (HR Bukhari)
Ayat-ayat Sajadah
Di dalam Al-Quran terdapat 15 ayat-ayat sujud sajadah yaitu:
1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-’Alaq) Ayat 19
Bacaan Sujud Tilawah (Sajadah).
Dalam Sujud Tilawah dianjurkan membaca:
Sa-ja-da waj-Hi-ya lil-la-dziy
kho-la-qo-hu wa-shaw-wa-ra-Hu wa-syaq-qo sam-’a-Hu wa-ba-sho-ro-Hu
bi-hau-li-hi wa-quw-wa-ti-Hi fa-ta-baa-ro-kaL Laa-Hu ah-san-ul
khoo-li-qiyn .
“Aku bersujud kepada Allah
yang menjadikanku, memberikan pendengaranku dan penglihatanku dengan
Kekuasaan-Nya dan Kudrat-Nya. Maka Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik
pencipta kejadian.”
Dua Jenis Sujud Tilwah
1. Dalam Solat
Pada kebiasaanya, para imam di masjid akan memberitahu para jemaah jika
beliau akan membaca ayat tilawah dan akan dilakukan sujud sajadah pada
rakaat sekian sekian. Maksudnya, apabila pada rakaat yg disbut, apabila
imam menyebut takbir, akan terus sujud kerana telah membaca ayat
sajadah.
Selepas sujud tersebut, kita akan terus bangun semula dan sambung membaca ayat al-Quran dan teruskan dengan rukuk seperti biasa
2. Di Luar Solat
Sujud Tilawah sunat dilakukan di luar
solat iaitu setelah selesai menghabiskan bacaan ayat sajdah atau
mendengarnya, jika hendak melakukan sujud tilawah hendaklah berniat
sujud tilawah kemudian bertakbir iftitah seperti takbiratul ihram dalam
solat.
.
Berniat dalam hati, di samping itu disunatkan juga melafazkan niatnya :
“Daku melakukan Sujud Tilawah kerana Allah Ta‘ala”
.
- Ketika membaca Al-Quran dan apabila bertemu ‘tanda sujud’, maka hendaklah bertakbiratul-ihram sambil berniat ‘Sujud Tilawah’ untuk melakukan sujud tanpa mengangkat tangannya.
- Takbir iftitah hukumnya adalah wajib kerana ia adalah merupakan syarat sujud tilawah.
- Tidak perlu berdiri atau membaca Fatihah dan rukuk. Terus saja bersujud dan membaca ‘Tasbih Tilawah’.
- Adalah sunat memanjangkan bacaan takbir yang kedua ketika hendak sujud sehingga diletakkan dahi ke tempat sujud.
- Begitu juga bagi takbir yang ke tiga ketika bangkit dari sujud sehingga duduk semula. kemudian kembali duduk dan memberi salam.
- Perlu diingat bahawa untuk melakukan sujud tilawah di luar solat ini tidak disunatkan bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) kemudian melaksanakan sujud, bahkan memadailah hanya dalam keadaan duduk. Sementara itu jika dia dalam keadaan berdiri maka dilakukan takbiratul ihram dalam keadaan berdirinya itu kemudian membaca takbir dan sujud. (At-Tibyan Fi Adab Hamalatil Quran 118)
- Jika tidak bersujud, kerana tidak memenuhi syarat atau berhalangan, maka sebagai gantinya bacalah ayat:
Sub-haa-naL-Lah wal-ham-du-lil-lah
wa-laa i-laa-ha il-laL-Laa-hu waL-La-hu ak-bar, wa-laa haw-la
wa-laa quu-wa-ta il-laa biL-Laa-hil ‘A-liy-yil ‘A-ziym.
Maha Suci Allah dan segala
pujian bagi Allah, Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar; Tiada
suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi
Maha Agung.
.
Syarat Sujud Tilawah
- Suci badan, pakaian dan tempat sujud.
- Menutup aurat.
- Menghadap kiblat.
- Sujud setelah selesai membaca ayat Sajadah.
- Dalam solat berjamaah, makmum wajib mengikuti Imam bersujud Tilawah. Gugur keahlian solat berjamaah, jika tidak ikut bersujud.